Blog ni aku nak dedicate untuk mereka-mereka yang nak pasang ngv kat kereta tapi takde info langsung pasal ngv sebenarnya. Macam aku dulu mula2 nak pasang ngv. Jenuh cari info tapi nak dapat info betul2 nye susah. Aku akan kongsikan pengalaman penggunaan NGV so far pasal NGV nih. Sedikit info yang boleh aku kongsi2 untuk menggalakkan penggunaan NGV di Malaysia, dan di Kedah secara khususnya.
Ok maklumat berkenaan dengan pemasangan NGV aku
1. Kereta aku: Avanza 1.3 Manual 2006
2. Tarikh Pemasangan NGV: lupa nanti update
3. Sistem NGV yang digunakan: Mixer type.
4. Saiz tangki gas: 65liter - lebih kurang 14.5 liter NGV
5. Installer: Green Gas - Ara Damansara, KL
Baik. Nanti aku akan letakkan gambar dan maklumat-maklumat yang diperlukan. Segala pertanyaan seperti fuel consumption, kos, penggunaan, mitos, dan masalah akan aku tuliskan disini. So stay tune untuk entry seterusnya. Tidak ada hidden agenda disini untuk promote mana2 company NGV. Aku akan cerita baik dan buruknya pakai NGV. So far sampai hari ini tak ada lagi masalah besar untuk kereta aku. Aku buat ni pun sebab setiap kali aku turun isi ngv jer mesti ada orang mai tanya aku pasal nak pasang NGV. Soklan paling popular fuel consumption...