Saturday, September 3, 2011

Masalah enjin mati bila dekat trafik light

Masalah ni berlaku selepas aku ejas regulator unit punat yang kecik tu. Kononnya nak kurangkan vibration pada enjin. Ni pun lepas adik ipar aku bgtau kalau enjin vibrate sikit ejas punat kecik tu counterclockwise. Aku pun pulas then start problem ni.

Apa yang terjadi adalah setiap kali nak berenti dan free gear RPM enjin drop terus dekat hampir kosong menyebabkan enjin terus mati. Bahaya kalau tengah jalan enjin mati sebab semuanya akan stuck (power stereng, break) nak start balik takde masalah cuma takut kelam kabut. So jenuh la aku ejas nak bagi balik ok tak dapat-dapat. So awalnya solution aku adalah setiap kali nak berenti kat trafik light ke kat mana-mana aku switch ke petrol. Tapi susah la camni.

So aku decide nak pegi tuning. Kedai tuning jauh pulak tu dekat nibong tebal (sempadan perak ni). So kemarin dulu aku pi la tuning balik. Rupa2nya aku yg bengong. Silap pulas punat da. Patunya pulas punat yang paling besar belah atas disk tu. Pomen tu pulas dua tiga kali dan test semua ok. Tak kene duit pun. Chiest double chiest...

Satu lagi problem yang kipas ekon tu pun terus solve sebab enjin dah stabil. So len kali janganla pandai-pandai sendiri.

Lagi satu kedai tuning tu suggest kalau nak injection angin elok lagi kene mod throttle body. Dia bagitau masalah ini disebabkan lubang angin terpaksa ditutup separuh guna botol mineral je. Sebabnye ngv tak boleh banyak sangat angin masuk. So bila buat mod ni tak perlu lagi dah restrict angin yang masuk. Rege RM80 je..cuma nak cari masa buat..

Itu saja..apa-apa nanti aku akan update lagi..

Salam....

1 comment:

  1. asalamualaikum sedara,nak tanya sikit,pomen kat nibong tebal tu kat sebelah mana?nak mintak kongsi sama.

    ReplyDelete