First time isi ikut kata installer nak kene buang dulu angin yang ada dalam tangki masa pasang. So bila next filling akan dapat isian penuh.
Tak dinafikan power akan sedikit lost. Tapi aku bukannye pelumba F1 jalanan. Ada family so memang maintain standard je. Kalau anda kaki race xyah la pasang NGV. Kalau anda jenis nak kereta boleh buat donut atau pun nak tinggal orang 10 tiang kat lampu trafik tak payah jugak pakai.
So aku pun test fuel consumption. Ok ni part yang paling best. Fuel consumption first isian dapat 150km disebabkan angin siap ada dalam tong NGV tak keluar abis. On the way balik dari KL sampai rumah aku kira cuma perlu keluarkan RM22 siap belen 1 bar bila sampai rumah. Jarak 500KM. Biasanya RM70 isian penuh petrol aku baru sampai dari KL sampai changlun dan memang habis merah. Jadi:
Avanza fuel capacity: 45L x RM1.90 = RM85.50
Jarak perjalan hway yang dirakam = 500km (lampu merah naik dah dua kali)
RM/km = 85.50/500 = 0.17sen
NGV
Tanki 65 liter = isian penuh 17.5liter NGV. RM10.50 average (RM9.50-RM12.00)
Setiap tanki boleh pegi atas hway 190km
RM/km = 10.50/190 = 0.05 sen
Penjimatan = 0.17 - 0.05 = 0.12 sen setiap KM.
No comments:
Post a Comment