Saturday, August 20, 2011

Sebelum aku nak pasang NGV

Sebelum nak pasang NGV ni aku buat research NGV bagai nak rak. Macam2 yang aku cari..soklan yang sama korang akan tanya..fuel consumption, kos pemasangan, kat mana nak pasang, enjin akan ada problem ke lepas pasang ngv, stesen ngv banyak tak, selamat ke tak pasang tong ngv dlm kereta dan. Semua tu soklan yang aku cari jawapan. Tanya dalam forum, baca blog orang, telepon tanya orang yang pernah pakai, telepon tempat pemasangan NGV tapi jawapan masih tak berapa nak clear. Tapi last aku decide nak pasang NGV lepas adik ipar aku pasang kat wira 1.5 dia. Aku dapat first hand test kereta yang dah pasang NGV. Aku impress dengan NGV dan decide nak pasang. Fuel consumption pulak mak aih..

Adik ipar aku bagi contact installer NGV kat KL company nama green gas dekat area ara damansara. So aku set appointment untuk pasang sistem NGV mixer dgn kos rm2800 tangki 65l. Ini maklumat company tu:

Nama company: Green Gas
Lokasi: Ara Damansara
Contact No: 0193826350

Ok first problem aku adalah nak pilih antara sistem mixer atau sistem yang baru iaitu sequential. Green gas suggest utk pasang sequential utk kereta fuel injection macam aku. Tapi adik ipar aku pakai mixer tp wira dia pun fuel injection. Ntah..kene research pulak. Sequential mahal dari mixer pulak tu. Hmm..aku tak leh decide..sampai KL aku sembang dgn owner dan Mizar pomen tukang pasang NGV.

Mixer atau Sequential?

Ok ini beza dia..cuma dari segi power dan kaedah pemasangan yang berbeza. Sequential memerlukan modifikasi enjin dengan menebuk intake manifold. Gas NGV diinject terus ke dalam kebuk pembakaran. Hasilnya pembakaran adalah lebih efisien dan cepat. Ia juga menggunakan sistem elektronik yang mengawal injection gas dengan lebih efisien. Tuning juga hanya menggunakan komputer. Kelemahan pula ia memerlukan lebih masa untuk pemasangan iaitu 2 hari penuh dan juga modifikasi pada bahagian enjin.

Untuk sistem mixer pula enjin tidak perlu dimodifikasi kerana injection dibuat pada bahagian karburator/EFI. Kuasa enjin akan sedikit lost tapi dengan tuning yang betul kehilangan kuasa hanyalah amat sedikit.

Baik. Disebabkan aku hanya ada masa sehari sahaja so aku pun pasang sistem Mixer. Kene tinggal sehari dari pagi sampai petang. Owner hantar aku balik hotel Wira. Bila petang dalam kul 4.30 aku pun pi balik. Dah hampir siap pasang. Mizar tune semua sampai la jam 6.30 petang siap. Dah selesai aku pun test ride. Nanti aku letak gambar lokasi tong NGV dan sistem mixer yang dipasang.

First time agak kelam kabut jugak. Bila masa nak switch NGV-petrol dan jaga timing supaya enjin tak mati. Ada button dan meter pada dashboard yang fungsi dia untuk tukar ke NGV atau petrol. Kereta biasanya akan start dalam mode petrol dan kemudiannya setelah ditekan minyak dan lepas sistem akan switch automatik ke NGV. LED NGV warna kuning akan menyala dan LED petrol warna merah akan padam. Waktu sistem tukar akan bunyi "tik" dan terus tekan pedal minyak supaya enjin tak mati. Tapi lama kelamaan aku dah biasa.

Ok ni gas requlator..jenama pelmag. Kalau enjin bergegar (tak cukup rpm) tutup ekon. Ejas punat yang depan paling bawah sekali sebelah punat yang besar tu lawan ikut jam.

Tong NGV 65l. So kene korbankan tempat duduk belakang. kalau nak isi barang. Nasib baik family aku kecik jer. So tak perlu guna tempat duduk belakang.
Filling unit.
Computer control unit.

NGV indicator..setiap bar boleh lebih kurang 50km. LED oren tanda kereta sedang dalam mode NGV.

Yang ni masa mula2 start enjin. Enjin bila start akan running guna petrol then bila enjin dah panas tekan pedal minyak dan lepaskan tunggu bunyi tik dan LED merah tutup tekan terus pedal supaya enjin tak mati. Timing kene tepat.


Yang ni NGV off terus. Tekan butang PVR untuk switch mode. NGV atau petrol.

11 comments:

  1. saya pakai TL ... pun guna mixer... murah dah jimat maintanance berbanding sequential.... jaga mixer lagi senang...

    ReplyDelete
  2. tk lecehka kena buka bonet isi masa enjin panas2 pula

    ReplyDelete
  3. nilai kereta tak jatuhka maa jual

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Berapa Harga Pemasangan Semi Auto untuk kereta saya MAZDA ASTINA? Engine Caburator??

    ReplyDelete
  6. Hi ...nak tanya...dia orang pasang ngv ada tebuk lubang kat intake tak ? intake avanza plastic. so...bila da lama lubang yg ditebuk akan makin besar. Betul ke ?

    ReplyDelete
  7. Skg kesimpulanya? Kereta jahanam x?

    ReplyDelete
  8. Skg kesimpulanya? Kereta jahanam x?

    ReplyDelete
  9. Kereta bila dah guna ngv dlm 5@6 tahun enjin rosak x?

    ReplyDelete
  10. dah pasang NGV.. utk saspension mcmner? tong berat tu.. spring ada tukar ke x? pakai spring n asober jenis apa?

    ReplyDelete