Saturday, September 3, 2011

Isi NGV

pump

seliter 68 sen..jangan marah..heheh

Aku dah pandai sendiri isi NGV guna pump dia. Senang je..

Plug pump ke filling unit...pusing butang on pada filling station..then pulas vent pada pump...Tunggu sampai abis isi then off kan butang pada filling station then pada pump..cabut dan lekat balik pada filling station...dah..

Tu 17.5 liter full tank aku..boleh dapat dalam 200km..5 sen sekilometer berbanding petrol..17 sen sekilo..


oxygen sensor avanza problem


Ok ni lagi satu problem yang aku pernah mention. Lampu enjin naik walaupun takde ape2 problem. So rupa2nya oksigen sensor aku yang dah kaput. Takde kene mengene dengan NGV pun. Yela keter dah lama. So barang pun problem ler..mahal gak sensor ni habis aku rm370 nak ganti baru. So lepas ganti semua ok dah.


Masalah enjin mati bila dekat trafik light

Masalah ni berlaku selepas aku ejas regulator unit punat yang kecik tu. Kononnya nak kurangkan vibration pada enjin. Ni pun lepas adik ipar aku bgtau kalau enjin vibrate sikit ejas punat kecik tu counterclockwise. Aku pun pulas then start problem ni.

Apa yang terjadi adalah setiap kali nak berenti dan free gear RPM enjin drop terus dekat hampir kosong menyebabkan enjin terus mati. Bahaya kalau tengah jalan enjin mati sebab semuanya akan stuck (power stereng, break) nak start balik takde masalah cuma takut kelam kabut. So jenuh la aku ejas nak bagi balik ok tak dapat-dapat. So awalnya solution aku adalah setiap kali nak berenti kat trafik light ke kat mana-mana aku switch ke petrol. Tapi susah la camni.

So aku decide nak pegi tuning. Kedai tuning jauh pulak tu dekat nibong tebal (sempadan perak ni). So kemarin dulu aku pi la tuning balik. Rupa2nya aku yg bengong. Silap pulas punat da. Patunya pulas punat yang paling besar belah atas disk tu. Pomen tu pulas dua tiga kali dan test semua ok. Tak kene duit pun. Chiest double chiest...

Satu lagi problem yang kipas ekon tu pun terus solve sebab enjin dah stabil. So len kali janganla pandai-pandai sendiri.

Lagi satu kedai tuning tu suggest kalau nak injection angin elok lagi kene mod throttle body. Dia bagitau masalah ini disebabkan lubang angin terpaksa ditutup separuh guna botol mineral je. Sebabnye ngv tak boleh banyak sangat angin masuk. So bila buat mod ni tak perlu lagi dah restrict angin yang masuk. Rege RM80 je..cuma nak cari masa buat..

Itu saja..apa-apa nanti aku akan update lagi..

Salam....