1. Start enjin kereta pagi bila nak switch ke NGV kadang enjin mati. So kene pastikan enjin betul2 dah panas then switch ke NGV agak senang.
2. Vibration enjin. Masa pasang ritu xde vibration tapi lepas seminggu pasang enjin low sangat RPM masa idle. Solution ejas timing pada regulator pada clockwise. (refer pada gambar regulator kat entry sebelumni)
3. Sensor enjin menyala tetiba. Mula2 aku cuak jugak kenapa sensor tetiba naik tapi tak tentu. Ikut suka. Mula2 aku ingat ada problem. Tapi rupanya tak. Solution cuma perlu cabutkan wayar bateri dan sambungkan balik. Sensor enjin akan hilang. Kalau tak buat pun takpe.
4. NGV kalau dok idle dan ekon terpasang. RPM enjin akan rendah dan kipas akan dok start restart.. Solution kalau duk dalam kereta lama2 tak bergerak tukar je ke petrol. ataupun ejas timing regulator anticlockwise bagi timing tinggi sikit.
5. Nak isi NGV kene bukak bonet depan. Solution..dah biasa..hehe
6. Aku nak isi NGV agak jauh jugak la kat perlis. Aku duk kat changlun. So seminggu sekali balik Arau aku pi Isi kat perlis.
7. Daily KM aku dalam 30km. So kalau setakat pi kerja balik kerja 30km x 5hari cuma 150km. Tapi kalau campur pi sana sini sikit2 kene pakai la jugak petrol. Tapi tak banyak. So kalau sebelum ni pakai petrol isi seminggu sekali sekarang ni isi sebulan sekali je.